Keuntungan

Ini bahagian yang paling seronok sekali untuk anda baca dan fahami dengan lebih mendalam. Sebagai pengguna simkad ToneExcel, anda ibarat sudah dapat lesen untuk menjalankan perniagaan ini. Anda hanya perlu dapatkan beberapa keping simkad ToneExcel sebagai simpanan anda. Ada 2 atau 3 keping sudah cukup. Terdapat 2 jenis komisen yang anda akan perolehi sekiranya menjadi pengedar simkad ToneExcel iaitu;



FAST TRACK BONUS
Jika anda berjaya menjual simkad ToneExcel kepada seorang pelanggan, anda akan menerima komisen sebanyak RM20.00 yang akan dibayar terus ke akaun bank anda. Lebih banyak simkad yang anda jual maka lebih besar potensi pendapatan anda. Anda boleh menaja seberapa ramai yang anda suka, tiada limit. Sebagai contoh;



Komisen akan dibayar kedalam akaun bank anda 2 kali sebulan. Contohnya, jika anda menaja dari 1hb-15hb, komisen akan dibayar pada hujung bulan. Jika anda menaja dari 16hb-31hb, komisen akan dibayar pada setiap 12hb berikutnya. Setiap pembayaran komisen akan ditolak RM3.00 untuk kos pengurusan. Itu adalah keuntungan pertama sebagai agen penjual simkad ToneExcel

KOMISEN TOPUP
Keuntungan kedua, ada lagi yang lebih baik dari FAST TRACK BONUS, anda bukan sahaja mendapat komisen RM20.00 seorang tetapi setiap kali mereka topup anda akan dapat komisen sehingga 20%-26%!

Jangan lupa mereka boleh topup dimana-mana sahaja seolah-olah semua kedai diseluruh Malaysia tersebut kedai anda. Mereka tidak perlu jumpa anda kerana anda bukan penjual topup. Tetapi setiap kali mereka topup anda akan menerima komisen! inilah yang dinamakan duduk diam-diam dapat duit! ToneExcel akan membayar komisen topup kedalam akaun bank anda pada setiap 21hb. Dah macam gaji kedua atau skim pencen. Bukankah itu sangat hebat!

Anda bayangkan jika pelanggan tadi menggunakan simkad ToneExcel selama 10 tahun, selama itulah anda akan dapat komisen topup daripada topupnya setiap bulan. bayangkan jika anda telah menjual simkad ToneExcel pada beratus beribu orang? saya akan berikan anda contoh;



Katakanlah sekiranya anda menjual simkad ToneExcel pada 4 orang saudara (anda boleh menjual seberapa ramai yang anda mampu), 4 orang saudara anda ini dipanggil LEVEL 1. Pertama anda akan dapat komisen FAST TRACK sebanyak RM20.00 x 4 = RM80.00

Komisen topup pula, setiap kali 4 orang saudara anda topup anda akan menerima komisen sebanyak 6%. Contohnya, jika topup RM10.00 anda yang sedang duduk dirumah akan menerima RM0.60sen.

Sekiranya saudara anda menjual pada rakan beliau, ia dipanggil LEVEL 2. Jika rakan kepada saudara anda topup RM10.00, saudara anda akan dapat komisen RM0.60sen, anda tak pasal-pasal dapat RM0.30sen sedangkan anda sendiri tak kenal siapa rakan saudara anda itu. Sesiapa sahaja di LEVEL 2 topup anda akan dapat komisen 3%.

Sekiranya rakan kepada saudara anda menjual simkad ToneExcel kepada jirannya ia dipanggil LEVEL 3. Jika jiran itu topup RM10.00, rakan saudara anda akan dapat RM0.60sen, saudara anda akan dapat RM0.30, anda tak pasal-pasal dapat RM1.10 sebab sesiapa sahaja di LEVEL 3 topup anda akan menerima komisen 11%.

Anda akan dapat komisen sehingga LEVEL 3 sahaja, tetapi setiap level adalah infinity. Maksudnya anda boleh menaja seberapa ramai di LEVEL 1. Syarat untuk mendapat komisen topup sebanyak 6%, 3% & 11% adalah anda sendiri sebagai pengguna harus topup minima RM20.00 sebulan.

Sekiranya anda sendiri topup lebih dari RM60.00 peratusan komisen anda juga akan berubah. Bukan lagi 6%, 3% & 11% tetapi ia menjadi 10%, 3% & 13%. Iaitu LEVEL 1 (10%),
LEVEL 2 (3%), LEVEL 3 (13%). Banyak tu!

Komisen-komisen ini akan dimasukkan kedalam akaun bank anda setiap 21hb bulan berikutnya. Asalkan komisen tersebut melebihi RM30.00, ToneExcel akan transfer ke akaun bank anda. Jika tidak cukup mereka akan simpan dan dibawa ke bulan hadapannya.



Berita Terkini
Loading...
Hantar Mesej
Tekan Esc untuk Keluar
Hak Cipta © 2014 Tone Excel Hak Cipta Terpelihara